Dr. Vida bengang tidak dijemput ke AJL31 SEMALAM
22 Januari 2017 8:07 PM
|
Dr. Vida bengang kerana tidak dijemput ke AJL31 hanya disebabkan dia bukan lagi penaja utama. - UTUSAN ONLINE/ZULKARNAIN MOHD. SAIDIN
KOTA BHARU 22 Jan. - Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Dr. Vida meluahkan rasa kecewa apabila beliau dikatakan tidak dibenarkan untuk ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 31 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.
Beliau mendakwa pihak berkenaan memberikan alasan bahawa tiket untuk ke program tersebut telah habis.
Hasmiza menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak profesional apatah lagi beliau adalah bekas penaja utama anugerah itu pada tahun 2014 dan 2015.
"Sebagai bekas penaja, saya sepatutnya diberikan ruang untuk turut hadir ke AJL31 walaupun bukan sebagai penaja utama.
"Kehadiran saya merupakan salah satu bentuk sokongan kepada industri hiburan tanah air. Lagipun sebelum ini saya sudah banyak membantu merancakan semula industri dengan menaja pelbagai program hiburan," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Hasmiza menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak profesional apatah lagi beliau adalah bekas penaja utama anugerah itu pada tahun 2014 dan 2015.
"Kehadiran saya merupakan salah satu bentuk sokongan kepada industri hiburan tanah air. Lagipun sebelum ini saya sudah banyak membantu merancakan semula industri dengan menaja pelbagai program hiburan," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/hiburan/dr-vida-bengang-tidak-dijemput-ke-ajl31-malam-ini-1.434811#sthash.tZZvjOcC.KLTTzBrs.dpuf
kredit : utusan
EmoticonEmoticon