Petua Bersihkan Kolestrol Pada Pembuluh Darah Jantung Yang Tersumbat Secara Tradisional


Jantung merupakan organ tubuh yang paling vital, kerana jika jantung berhenti berdegup maka sama saja kehidupan seseorang berakhir. Mengapa demikian? Kerana jantung yang mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh manusia. 

Apabila darah tidak mengalir (circulation) dengan baik, maka organ-organ lainnya tidak boleh berfungsi dengan maksima. Banyak jenis gangguan yang menyebabkan jantung tidak bekerja dengan maksima, salah satunya disebabkan pembuluh darah jantung tersumbat.

Penyebab Pembuluh Darah Jantung Tersumbat

Penyebab pembuluh darah jantung tersumbat atau disebut juga Atherosclerosis adalah terkumpulnya lemak pada dinding pembuluh darah jantung (pembuluh koroner) atau yang dikenali dengan istilah plak. Penimbunan plak yang diikuti berbagai proses buruk lainnya seperti pengapuran dan proses pembekuan darah lama kelamaan akan membuat saluran pembuluh darah menjadi sempit dan tersumbat. 

Jika hal ini dibiarkan terjadi pada pembuluh jantung, maka otot jantung menjadi kekurangan pasukan darah dan akibatnya boleh menyebabkan maut. Mulai dari nyeri dada (angina pectoris) hingga yang paling bahaya iaitu kematian mendadak yang disebabkan kerana gagal jantung.

Jika anda ingin menghindari risiko terkena serangan jantung yang disebabkan pembuluh darah di jantung tersumbat maka hindari hal-hal dibawah ini:
  • Merokok
  • Tidak pernah berolahraga
  • Stress yang terlalu banyak dan kerap
Selain itu ada juga penyakit lain yang menjadi punca terjadinya penyempitan pembuluh darah pada jantung, antara lain iaitu:
  • Kadar kolesterol (LDL) yang tinggi
  • Tekanan Darah Tinggi (hipertensi)
  • Kegemukan
  • Diabetes Mellitus
  • Riwayat keturunan penyakit jantung di dalam keluarga
Rawatan Pembuluh Darah Jantung Tersumbat Disebabkan Kolesterol Secara Tradisional

Berikut merupakan resepi bagi sesiapa sahaja yang ingin  membersihkan kolesterol yang menyekat pada pembuluh darah jantung:


Petua Cara Pulihkan Jantung Tersumbat
Cara Hapuskan Kolestrol Pada Saluran Jantung:
Secawan halia
Secawan bawang Putih
Secawan lemon
Secawan madu
Secawan cuka epal

Cara Sediakan Ubat Untuk Bersihkan Saluran:

1.  Sila kisarkan kesemua bahan yang disebutkan diatas.
2.  Kemudian, didihkan selama 10 minit
3.  Setelah mendidih tutup api dan biarkan seketika
4.  Simpan dalam peti sejuk

Anda disarankan agar minum sesudu sebelum tidur pada malam hari dan sesudu selepas bangkit dari tidur. Dan, jangan lupa amalkan juga ayat yang dikongsikan dibawah.
Ayat Penawar Sakit Jantung
Semoga perkongsian ini, dapat memberi sedikit manfaat kepada anda. Jika anda merasakan cara mudah untuk bersihkan kolestrol yang terdapat pada saluran jantung yang dikongsikan turut berguna kepada yang lain. Jangan lupa bantu kami sebarkan di mana-mana laman sosial milik anda atau klik pada simbol g+1 dibawah. Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan.


kredit : http://mediaaustaz.blogspot.my/2017/02/petua-bersihkan-kolestrol-pada-pembuluh.html

Share this

loading...
Share on FacebookTweet on TwitterPlus on Google+


EmoticonEmoticon