BACA: “Beritahu Peminat Awak Jangan Celupar Sangat
“Kenapa perlu serang Fattah? Kenapa tidak menyerang orang yang melaga-lagakan mereka? Tak adil untuk Fattah sebenarnya. Saya harap perkara sebegini tidak akan berlaku lagi kerana tempiasnya kena pada kami sekeluarga juga. Ambil iktibar dan pengajaran,” katanya kepada Utusan Online mengenai tindakan Sharnaaz yang lantang mengkritik.
Bukan itu sahaja, malah Neelofa berpendapat, Sharnaaz seharusnya mengutuk pihak luar yang menjadi api yang melaga-lagakan kedua pelakon terbabit sehingga mencetuskan perbalahan di laman sosial. Sementara itu, dalam laporan lain, Sharnaaz turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan peminat Fattah yang begitu taksub mempertahankannya dalam kejadian itu.
Sebelum ini Sharnaaz telah mengkritik kredibiliti Fattah yang mengeluarkan sebuah buku kata-kata motivasi. Komen pedas yang dilemparkan itu terus dikecam oleh peminat sehingga mengaitkan bakal isterinya yang juga kakak kepada Neelofa, Noor Nabila. Memang tidak akan habis episod perang mulut ini, kita tunggu sahaja drama apa pula selepas ini. (rtky/w)
kredit: roti kaya
EmoticonEmoticon