Polis sahkan terima laporan hina Agong

50 PM

Polis sahkan terima laporan hina Agong






SHAH ALAM: Polis Shah Alam mengesahkan menerima laporan berhubung kenyataan pemilik laman sosial Facebook (FB) yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata laporan dibuat seorang lelaki berusia 20-an di Balai Polis Seksyen 15, kira-kira jam 10 pagi tadi.
Berdasarkan laporan terbabit, katanya, pengadu membuat laporan berikutan rasa tidak puas hati dengan dua pemilik akaun FB yang menggunakan nama 'Arif Senai' dan 'Aman Jebat'.
"Pemilik FB yang menggunakan nama 'Arif Senai' didakwa menghina Sultan Muhammad V dan Sultan Nazrin manakala pemilik FB 'Aman Jebat' didakwa menghina keturunan raja.
"Kes ini masih disiasat dan kita giat mengesan dua pemilik FB itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

kredit: bhonline

Share this

loading...
Share on FacebookTweet on TwitterPlus on Google+


EmoticonEmoticon