BACA: Fattah Amin Nafi Pernah Gaduh Dengan Neelofa
“Sejak minggu pertama kami berlakon drama Suri Hati Mr Pilot (SHMP) lagi, memang kami pernah bersama. Ramai yang ingat, masa cerita kami timbul awal-awal dulu, ia seperti memberi harapan palsu. Cinta yang digambarkan tidak wujud, hanya igauan, khabar angin, andaian semata-mata dan macam-macam lagilah yang diperkatakan orang”
Mungkin apa yang dimaksudkan Neelofa dengan bersama ialah hubungan cinta. Malah tambah Neelofa lagi, situasi mereka berbeza kerana setiap perkara yang mahu dilakukan, ia akan membabitkan media, peminat orang ramai dan individu yang tidak mengenali kami lantas segala keputusan oleh pasangan ini akan mengambil kira dari segala aspek.
“Tak wujud istilah Fattah guna nama saya untuk mempromosikan lagu itu. Saya sendiri bersetuju dia menyanyikan lagu berkenaan. Ketika Fattah merakamkan lagu itu pun saya ada di studio rakaman. Kalau ada yang kata kami berdua nak guna populariti dan impak Lofattah (gelaran untuk gandingan mereka berdua dan peminat kedua-duanya) untuk buat duit dan menggunakan peminat, sudah banyak produk kami lakukan bersama,” katanya.
“Apa jadi sekalipun, saya sentiasa hendak bekerja dengannya. Saya nak okey dengannya sampai bila-bila. Tak kiralah bagaimana emosi dan tekanan sekalipun. Saya memang tidak mahu bergaduh dengannya. Ini jawapan ikhlas saya dan bukan kerana anda semua ada di depan kami (merujuk kepada peminat yang hadir ke acara berkenaan).
“Harap Lofattah akan terus kekal tak kira apa jadi,” katanya lagi. Jadi buat peminat pasangan ini, nampaknya hubungan mereka bukan fantasi dan anda kini sudah boleh menarik nafas lega. (rtky/s)
Gambar Ihsan: Matt100k
EmoticonEmoticon