Pemain berusia 35 tahun itu menepis dakwaan dia akan bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kepantasan dan tahap tinggi permainan bola sepak England, menjaringkan 20 gol dalam semua kejohanan sejak berhijrah ke Old Trafford menerusi perpindahan percuma pada Julai.
"Saya ada sasaran dalam fikiran tetapi saya tidak akan beritahu dan kami belum berada di situ," kata Ibrahimovic yang menjadi pemain United pertama mencipta 20 gol sejak Robin van Persie melakukannya pada musim 2012-13 kepada media British.
United tidak tewas dalam 15 perlawanan terakhir liga dan kini berkedudukan keenam liga, hanya dua mata di belakang pasukan tangga keempat Arsenal, yang berkedudukan terakhir kelayakan Liga Juara-Juara selepas 24 perlawanan.
Ketika ditanya sama ada pasukannya kini kembali memburu tempat ke Liga Juara-Juara, Ibrahimovic berkata: "Saya rasakan begitu. Ia adalah jurang yang besar beberapa bulan lalu tetapi ia semakin mengecil kini. Saya rasa kami sendiri adalah musuh.
"Jika kami menang perlawanan dan mendapat mata yang sepatutnya kami dapat, situasi akan menjadi berbeza tetapi ia OK, kami melihat pasukan lain dan saya harap mereka akan mencicirkan mata."
United akan menanti kunjungan pasukan tangga ke-10, Watford Sabtu ini. - Reuters
krdit: BHonline
EmoticonEmoticon