Sudah sering kita mendengar bahawa solat adalah tiang agama.Solat adalah amalan paling pertama yang disoal oleh ALLAH di hari kiamat. Jika solat kita baik, maka baiklah amal perbuatan lainnya.Namun jika solat kita jelek,maka buruklah segala perbuatan yang kita jalani.
Sesekali kita perlu merenung, baikkah solat yang kita kerjakan? Suatu waktu kita perlu berfikir,apakah solat kita diterima di sisi -Nya ? Dan seperti apa tanda -tanda orang yang diterima solatnya. Dalam hadis Qudsi disebut ada 5 tanda orang yang solatnya diterima.
Pertama
Dia yang merendahkan diri dengan solatnya kerana kebesaran ALLAH. Solat yang diterima adalah solat yang penuh dengan kerendahan diri terhadap kebesaran dan kekuasaan ALLAH SWT. Orang yang merendahkan diri akan mampu merasa khusyuk dalam hatinya.Jiwanya sedar dan mengerti dengan siapa ia saat ini menghadap.
Kerana itu,sebelum solat,yang harus ditata terlebih dahulu adalah hati. Hati itu seperti pohon. Bila dahan ye rindang,burung-burung pun senang hinggap diatasnya. Bila hati kita bercabang fikiran-fikiran dan nafsu pun senang bermain didalamnya.
Kedua
Orang yang tidak menyombongkan diri kepada makhluk ALLAH. Rasa tawadhu' dengan sendirinya menghilangkan sikap angkuh dan sombong kepada sesama makhluk. Kekuasaan yang ada di genggamannya tidak menyebabkan dirinya lupa daratan lalu berbuat sewenang-wenang kerana ianya sedar bahawa kekuasaan adalah amanat ALLAH.
Orang yang diterima solatnya adalah orang yang tidak menyombongkan dirinya kepada siapa pun.Meskipun ia kaya,pandai dan berkuasa.
Ketiga
Orang yang tidak mengulangi maksiat kepada ALLAH. Dalam hidup,sekali kita pernah terjebak dalam kubangan dosa. Mungkin dulu ada diantara kita pernah menipu ataupun mencuri.Kenanglah perbuatan masa lalu sebelum solat. Lalu lakukan solat dengan hati taubat dan siap menghadap kepada-Nya.
Menangis dan mengemislah kepada ALLAH memohon keampunan terhadap gulungan ombak dosa seraya berucap "astaghfirullah, astaghfirullah,astaghfirullah" usai solat, dan jangan ulangi maksiat yang pernah dilakukan.
Keempat
Orang yang mengisi sebahagian siangnya dengan berzikir kepada ALLAH. Waktu bagi orang mukmim,amatlah berharga. Sebahagian dari detik-detiknya ia lakukan dengan bersujud kepada ALLAH SWT.
Kelima
Oorang yang menyanyangi orang miskin,orang yang dalam perjalanan,isteri yang ditinggalkan suami dan mengasihi orang yang menerima musibah. Solat yang dilakukan berbekas dalam kehidupan manusia yang berkasih sayang antara satu sama lain.
Bila kelima ciri orang yang diterima solatnya ini telah dipenuhi, Maka kata ALLAH :
EmoticonEmoticon