Resepi Bubur Jagung Madu Untuk Bayi Anda

Resepi Bubur Jagung Madu Untuk Bayi Anda

Apabila bayi anda meningkat usia kepada enam bulan pastinya si ibu akan merancang menu solid food untuk diberikan kepada bayi kerana perut mereka sudah boleh menghadam makanan selain daripada susu ibu.
BACA: Resepi Lepat Cendol Tak Payah Kukus
Kebiasaannya bayi akan diperkenalkan dengan bubur atau kanji yang dicampur bersama sayur untuk memberikan rasa dan khasiat untuk si bayi.
Gambar: Majalah PaMa
Pada kali ini kami kongsikan resepi mudah bubur jagung madu untuk bayi anda yang berumur 7 bulan dan ke atas.

Bahan-bahannya


60gram dada ayam dimasak, dibuang tulang dan kulit
30gram jagung manis
125ml stok ayam
30ml susu ibu
20ml madu
10gram bawang besar dicincang halus

Cara-caranya


1. Rebus bawang besar dengan stok ayam sehingga bawang lembut.

2. Seterusnya masukkan jagung, tutup tudung periuk dan reneh selama 15 minit atau jagung menjadi lembut.

3. Setelah itu teruskan mereneh selama dua hingga 3 minit.


4. Masukkan ayam dan rebus sehingga semuanya masak.

5. Tutup api dapur dan gunakan pengisar makanan untuk kisar kesemua bubur bersama madu sehingga teksturnya halus.

6. Sejukkan seketika dan masukkan sedikit susu ibu dan siap untuk diberikan kepada bayi anda.


Selamat mencuba!

kredit:vitdaily

Share this

loading...
Share on FacebookTweet on TwitterPlus on Google+


EmoticonEmoticon