INFO BIASISWA
Permohonan penajaan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2017/2018 boleh dibuat dengan mengisi borang secara dalam talian (on-line) melalui portal www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my mulai jam 5.00 petang, 08 Februari 2017 (Rabu) sehingga tarikh tutup permohonan on-line dan tarikh akhir penyerahan borang permohonan juga ialah pada 3 Mac 2017 (Jumaat).
Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) menawarkan sebanyak 12 biasiswa iaitu enam (6) di peringkat Sarjana dan enam (6) di peringkat Ph.D untuk calon mengikuti pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam.
Program ini merupakan satu bentuk pelaburan Pembangunan Modal Insan yang akan menyumbang kepada pembangunan negara.
TARIKH TUTUP
Mar 03, 2017
KRITERIA
Keutamaan diberikan kepada calon yang mendapat keputusan akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA sekurang-kurangnya 3.75 atau kelas pertama atau setaraf dengannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana.
Calon hendaklah mempunyai keupayaan yang luar biasa seperti penguasaan pelbagai bahasa, kebolehan yang istimewa, aktif dalam aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif, serta telah mendapat tempat di universiti penyelidikan tempatan atau di universiti terkemuka di dunia.
Calon yang layak dan berjaya disenarai pendek akan melalui proses pemilihan termasuk temuduga.
Syarat-syarat kelayakan secara khusus adalah seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian
iii. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau setaraf dengannya
iv. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif
v. Mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa
vi. Telah mendapat tempat pengajian di universiti penyelidikan tempatan atau di universiti terkemuka di dunia. Penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong adalah terikat untuk berkhidmat di Malaysia untuk tempoh tidak kurang dari lima (5) tahun. Oleh itu, penerima biasiswa yang telah menamatkan pengajian di luar negara diwajibkan pulang ke tanahair selepas tamat tempoh tajaan.
AMAUN
Bergantung kepada yuran dan kos sara hidup dimana terletaknya universiti yang menjadi pilihan pelajar.
JURUSAN
Bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam.
CARA MEMOHON
HUBUNGI
Puan Nurul Yasmin binti Abdullah
03-88853433
yasmin.abdullah@jpa.gov.my
En. Muhammad Rohaizad bin Razali
03-88853569
rohaizad.razali@jpa.gov.my
Puan Khaliza binti Khalid
03-88853410
khaliza.khalid@jpa.gov.my
SUMBER : AFTERSCHOOL
EmoticonEmoticon