Doa dan Cara Menyembuhkan Rabun Mata



Adakah anda mengalami masalah melihat dengan jelas entah itu jarak dekat ataupun jauh? Tidak usah khawatir kerana sekarang ada perawatan penyembuhan mata rabun secara Islam. Bagi anda yang ingin mencoba cara penyembuhan rabun mata, cobalah beberapa tips di bawah ini.

Saya tidak memakai kaca mata, tetapi hampir keseluruhan rakan-rakan kerja saya mengalami mata rabun. Apakah penyebab rabun mata? Adakah disebabkan keturunan? Belum pasti, karena ada banyak kemungkinan.

Mari kita cuba amalkan doa merawat dan penyembuhan rabun mata, semoga dengan kekuasaan Allah kita memperoleh kesembuhan.

Doa Merawat Dan Cara Penyembuhan Rabun Mata

1. Sediakan 21 batang lobak merah bersaiz kecil (baby carrot) dan bersihkan dengan air.

2. Kemudian bacakan DOA dibawah ini pada lobak tersebut sebanyak 14 kali.

… فَكَشَفْنَا عَنكَ غِطَاءَكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيدٌ

“… maka Kami singkapkan daripadamu tutup (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam.” (Qs. Qaf : 22)

Bacaan dalam rumi:

Fakasyafnaa ankaghitoaka fabasorukal yauma hadid

3. Apabila selesai, anda bolehlah makan lobak tersebut setiap hari. Tidak perlu memasaknya. Makan mentah macam tu je..

4. Niatkan dalam hati hanyalah Allah yang boleh menyembuhkan. Dengan penuh yakin.

Insyaa Allah, dengan izin Allah rabun mata anda kembali pulih seperti biasa.

Wallahua’lam.

Share this

loading...
Share on FacebookTweet on TwitterPlus on Google+


EmoticonEmoticon