200 peminat sambut Jong Kook
KUALA LUMPUR: Kira-kira 200 peminat setia menunggu ketibaan bintang Running Man, Kim Jong Kook, 40, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, petang semalam.
Gambar dan video yang merakamkan detik kunjungan keduanya ke sini, kira-kira jam 5 petang itu, dikongsi menerusi laman Instagram kelab peminatnya di Malaysia, @kjkmalaysia.
Menerusi keterangan gambar, Jong Kook berkunjung ke negara ini bagi menjayakan sebuah program televisyen terbitan produksi dari Seoul bersama beberapa bintang Korea Selatan lain.
Menariknya, peminat turut memuji sikap selebriti popular terbabit apabila kunjungan kali ini membawa bersama ibunya yang difahamkan turut terbabit dalam penggambaran itu.
Masing-masing bukan hanya menyambutnya dengan sepanduk mengalu-alukan ketibaannya, malah turut membekalkan tanda mata berupa buah-buahan segar seperti pisang dan strawberi.
Rombongan Jong Kok kemudiannya diraikan di sebuah restoran berkonsepkan tradisional Melayu di ibu negara, bersama sekumpulan peminat bertuah.
Jong Kook dianggap wira Running Man berikutan usaha diplomasinya memujuk anggota program variasi popular itu supaya tidak menarik diri, sekali gus membolehkan pihak produksi meneruskan penerbitan siri terkenal terbabit
KREDIT ; BHONLINE
EmoticonEmoticon