Kuala Lumpur - Akibat merogol seorang anak murid sekolah rendah, seorang guru Pendidikan Jasmani telah dijatuhkan hukuman 12 sebatan serta dipenjarakan selama 24 tahun bermula pada hari ini.
Guru berkenaan, Ezlie Azram Mohammad Khasasi, 38, didapati bersalah kerana merogol anak muridnya yang berusia 11 tahun ketika itu di rumahnya pada jam 1 tengah hari dan 3 petang, pada tarikh 3 Disember 2011 serta dia mengulangi lagi perbuatan itu dalam pertengahan Ogos 2013.
Menurut laporan Harian Metro, Mahkamah Sesyen Selayang, Hakim Tasnim Abu Bakar telah membuat keputusan itu setelah mendapati tertuduh bersalah apabila pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Duda beranak dua itu dituduh mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika disabit kesalahan.
Sumber: Harian Metro
EmoticonEmoticon