SUNGAI PETANI - Seorang kanak-kanak berusia lima tahun memerlukan dana RM151,430 segera bagi menjalani pembedahan pemindaan hati yang dijadualkan berlangsung di Hospital Renji, Shanghai, China, bulan ini.
Adik Muhammad Habib Rayaan, menderita sejak usianya setahun enam bulan apabila dia kerap mengalami pendarahan berpunca daripada urat hepatik tersumbat sebelum disahkan menghidap penyakit bengkak hati kronik.
Kedua-dua ibu bapanya, Rosli Mohd Noor, 40, dan Azlina Ahmad, 35, merayu seluruh rakyat Malaysia membantu mencukupkan dana itu sebelum mereka bertolak ke China pada 22 Februari ini.
Rosli berkata, dia tidak sanggup melihat anaknya menderita dan bersedia mendermakan hatinya kepada anak bongsunya.
Menurutnya, keadaan kesihatan anaknya semakin merosot, hati anaknya sudah rosak teruk menyebabkan perutnya semakin membengkak setiap hari.
“Berat badan anak semakin menurun dan kini mencecah hampir 15 kilogram," katanya.
Katanya, dia yang sebelum ini bekerja sebagai juruteknik sebuah syarikat terpaksa berhenti kerja untuk menjaga anak bongsu daripada dua beradik itu.
Isterinya, Azila yang kini menggalas tanggungjawab mencari nafkah mengajar di sebuah sekolah rendah di Serdang, Bandar Baharu.
“Selain perbelanjaan keperluan rumah, saya terpaksa memperuntukkan hampir RM500 membeli keperluan Habib seperti susu yang khas dan sebagainya,” katanya.
Susulan itu, Kelab Kebajikan dan Sukare-lawan Sosial (KELSS) Malaysia tampil membantu mengutip dana untuk adik Habib.
Menurut Krew KELSS, Nur Nazihah Rosli, sehingga semalam, kelab itu berjaya melakukan kutipan dana sebanyak RM8,570.
“Rayuan dana untuk adik Habib dilancarkan sejak 6 Februari lalu.
"Kami berharap, mana-mana pihak yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun rasmi KELSS, di CIMB Bank bernombor 8602498368 atau untuk sebarang pertanyaan lanjut menghubungi di talian 017-940 4640 ,”katanya.
kredit:: sinar harian online

EmoticonEmoticon