RX-K masih memukau






Motosikal jenama Yamaha sudah mencuri tumpuan sejak dulu lagi dan mempunyai pengikut tersendiri termasuk model lama atau retro.
Jentera siri RX antaranya, terus mendapat sambutan terutama bagi pengumpul dan penggemar motosikal retro kerana keunikan serta keistimewaan yang ditampilkan.
Mula dipasarkan sekitar 1970-an, varian RX bermula dengan beberapa model sebelum pengeluar memperkenalkan RX-K dengan kapasiti 135cc pada 1982.
Yamaha RX-K 135 milik Lukman Husin, 30, dari Selangor, ternyata unik dan istimewa kerana bukan saja proses restorasinya yang kemas dan terperinci, malah memiliki daya penarik tersendiri.
Disaluti cat ungu krom berkilau dan bersinar menjadi daya penarik bagi sesiapa saja yang melihatnya. Tidak cukup dengan itu, hampir keseluruhan komponen logam termasuk ekzos disaluti krom berkualiti tinggi.
Kemasan luaran saja sudah cukup memukau, apatah lagi apabila dihayati dan dilihat dengan lebih terperinci setiap satu komponen pada jentera berkenaan. Menariknya, motosikal ini sudah berusia 35 tahun tetapi komponen asli RX-K masih dikekalkan.
“Ketika saya mendapatkan motosikal ini tujuh tahun lalu, keadaannya uzur dan banyak komponen tidak boleh digunakan hingga terpaksa ditukar baru. Komponen baru ini adalah barangan asli Yamaha RX-K,” katanya.
Lukman berkata, pencarian tidak tertumpu di pasaran tempatan saja kerana selain sukar didapati, kebanyakan pemilik jentera retro itu tidak sanggup menjualnya semula.
Malah, katanya, sesetengah komponen terpaksa dibeli di Thailand, Indonesia, Singapura dan India. Bagi menambah ciri keistimewaannya, kerja modifikasi juga menyelitkan komponen daripada motosikal berkuasa besar seperti sistem brek Ducati Diavel dengan klac hidraulik berjenama Ohlins.
Selain itu, kelingkis enjin lut sinar yang direka khas dan menelan belanja sekitar RM5,000 adalah hasil buatan tangan dari Thailand. Sistem gantungan dan suspensi pula diberi sentuhan dengan penggunaan Showa Reva keluaran Jepun.
Sementara itu, rim sport AR125 bersama brek cakera Nissin, melengkapkan jentera retro ini sebagai ‘barang unik’. Dengan kos melebihi RM40,000, tidak hairanlah jentera ini sering mencuri tumpuan termasuk memenangi beberapa pertandingan di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Februari 2017 @ 5:01 AM

kredit: hmetro 
 
DARI SELURUH LAMAN WEB

Share this

loading...
Share on FacebookTweet on TwitterPlus on Google+


EmoticonEmoticon