- Ketua Menteri, Lim Guan Eng terus mengkritik pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan kali ini dengan membandingkan jumlah penduduk negeri itu yang berada di sini.
Menurut Guan Eng, di negeri ini ketika ini, terdapat ramai penduduk Kelantan (yang bekerja dan berhijrah) di Pulau Pinang tetapi tidak ramai penduduk negeri ini berada di negeri berkenaan.
“Kita lihat di Pulau Pinang ramai rakyat Kelantan, tetapi tidak ramai rakyat Pulau Pinang di Kelantan.
“Sekiranya Kelantan lebih baik dari Pulau Pinang, biarlah rakyat negeri masing-masing yang putuskan,”
Komen GPB
Isu perang antara PAS dengan DAP membandingan negeri masing-masing terus membuka pekung masing.
Guan Eng yang disindir Pemuda PAS dengan isu rasuah banglo tanpa kolam renang kini dibidas semula Tokong DAP ini dengan mempersoalkan mengapa rakyat Kelantan tinggal ( bekerja dan berhijrah ) di P.Pinang ?
Cukup tak masuk akal hujah seorang CM sebuah negeri mempersoalkan rakyat asal negeri lain tinggal di Pulau Pinang . Adakah mereka dari Kelantan ini langsung tak membawa cukai pintu dan taksiran kepada kerajaan DAP ?
kredit : oh bulan
EmoticonEmoticon