JOHOR BAHRU - "Arwah sempat menghantar mesej dalam aplikasi WeChat mengucapkan selamat berjaya untuk menghadapi peperiksaan sehari sebelum kejadian kemalangan hingga meragut nyawanya," demikian ujar Nur Syahirah Syazwani A Rahim.
Nur Syahirah merupakan rakan Haizad Kasrin, 16, yang maut dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, di sini bagaimanapun memberitahu, dia berasa ralat tidak membalas mesej berkenaan.
"Arwah mesej untuk ucap selamat berjaya kepada saya lebih kurang jam 2 petang (Jumaat) dan saya tidak membalasnya. Rasa menyesal pula saya tidak membalasnya kerana pada ketika itu saya tidak fikir apa-apa.
[ARTIKEL BERKAITAN: Lapan remaja berbasikal maut, dirempuh kereta]
"Dalam kumpulan WeChat kami dia juga ada memberitahu mahu berbasikal ke Ehsan Jaya, Ulu Tiram dan mengajak kami yang seramai 11 orang dalam kumpulan itu sertainya.
"Tetapi, saya mahupun rakan perempuan lain tidak mengikutinya dan saya benar-benar tidak menyangka insiden ini berlaku terhadap sahabat kami.
"Malah, sebelum arwah pergi malam tadi bersama rakan-rakannya yang lain, mereka sempat membunyikan basikalnya ketika melalui kawasan perumahan kami di Taman Plentong Baru," katanya.
Nur Syahirah berkata demikian ketika ditemui di pekarangan rumah mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, hari ini.
Dia ditemani dua lagi rakannya Nur Ain Asmidi, 15 dan Puteri Nur Nilam Sari Mohd Zakri, 15. Kesemua mereka belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya 3, di sini.
kredit: sinar harian

EmoticonEmoticon