Suami Marissa Yasmin tuntut 2 kereta
SHAH ALAM: Suami pelakon Marissa Yasmin Yaacob, Muhammad Muhzir Mohd Zainuddin, tidak boleh menjadikan isu kecurangan bekas isterinya sebagai asas dalam memohon tuntutan harta sepencarian.
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Fouzi Mokhtar, berkata demikian ketika prosiding perbicaraan pertama kes tuntutan dua buah kereta milik Marissa hari ini.
Muhammad Muhzir, 50, memfailkan tuntutan harta sepencarian terhadap kereta Toyota Harrier dan Hyundai Tucson yang dibeli atas nama Marissa ketika mereka belum berkahwin dan sudah berkahwin.
Fouzi menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh bagi prosiding berkenaan.
Januari tahun lalu, Marissa yang popular dengan drama Memori Cinta Suraya disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
Marissa diwakili peguam Musa Awang manakala Muhammad Muhzir diwakili Jamal Mohd Lokman.
kredit: bh online
EmoticonEmoticon