Hazama Akan Lebih Sensitif Bab Baju Pada Masa Akan Datang


Oleh RTKY Staff pada
14 February 2017, 10:02AM
Ini bukan kali pertama tindakan selebriti mendapat perhatian sesetengah pihak kerana bergaya dengan pakaian celoreng ala tentera dan baru baru ini baju Hazama turut sama mengundang prihatin warga laman sosial. Namun penyanyi tersebut memohon maaf di atas perkara yang berlaku.
BACA: Hazama Bimbing Isteri Bukan Dengan Paksaan





“Sebenarnya, sebagai rakyat Malaysia saya juga berasa bangga mengenakan pakaian celoreng yang juga hasil sentuhan pereka fesyen Suffian Tugiman itu. Pada masa sama, saya juga ingin menggambarkan semangat kecintaan kepada negara kerana saya juga menyanyikan lagu Agi Idup Agi Ngelaban iaitu lagu tema filem Kanang Anak Langkau yang bakal ditayangkan nanti”

“Setakat ini, saya juga tidak menerima sebarang surat rasmi daripada pihak berkaitan mengenai pakaian saya itu,” katanya kepada Harian Metro. Selain itu juga Hazama menyatakan bahawa dia akan lebih berhati hati dalam memilih pakaian di masa akan datang.
Tindakan Hazama tersebut mendapat reaksi berbau warga laman sosial malah ada yang menyifatkan Hazama tidak peka dengan sensitivit pakaian berkenaan namun bagi sesetengah yang lain, perkara seperti itu tidak dapat dihalang lebih lebih lagi ia boleh didapati di pasaraya. (rtky/s)

Share this

loading...
Share on FacebookTweet on TwitterPlus on Google+


EmoticonEmoticon