Suarez meledak gol buat Barcelona tatkala tiga pemain dilayangkan kad merah dalam aksi yang berakhir seri 1-1 itu, untuk membawa gergasi Catalans itu ke pentas akhir buat kali keempat berturut-turut menerusi kemenangan agregat 3-2.
Bagaimanapun, pemain sensasi Uruguay itu - kad merah pertama dalam tempoh tiga tahun di Barca - mendakwa tindakan menyiku tanpa disengajakan itu bukan satu kesalahan.
"Ia membuat saya ketawa kerana (pengadil) seperti sengaja melayangkan kad," katanya kepada Gol Television.
"Kita perlu melihat semula jika boleh merayu untuk kad kuning kedua itu kerana ia tidak salah, tetapi kami sudah tahu bagaimana insiden ini berlaku.
"Itulah sebab mengapa saya begitu marah kerana ia hanya perkara biasa. Kad kuning pertama adalah kesalahan pertama yang saya lakukan dalam perlawanan, tetapi tiada kompromi daripadanya."
Bagaimanapun, bos Barca, Luis Enrique enggan terlalu berharap boleh mendapatkan khidmat Suarez pada pertemuan penghujung Mei ini, menentang sama ada Alaves atau Celta Vigo.
"Anda perlu membuat rayuan, tetapi apabila anda melihat pada keputusan perbicaraan sebelum ini, anda boleh menilai apa yang kebiasaannya berlaku dengan keputusan rayuan," kata Enrique.
Suarez meledak dari jarak dekat pada minit ke-43 selepas larian dan cubaan Lionel Messi ke gawang Atletico, yang mendominasi babak pertama di Nou Camp, namun gagal mengambil peluang.
Kevin Gameiro menyepak bola melepasi tiang ketika mengambil penalti berbaki 10 minit permainan tetapi penyerang Perancis itu membalasnya dengan menyambar hantaran lintang Antoine Griezmann sejurus selepas itu.
Pertahanan Barca, Sergi Roberto juga akan terlepas aksi final apabila dibuang padang kerana kad kuning kedua pada babak kedua manakala pemain sayap Atletico, Yannick Carrasco turut menerima nasib sama. - AFP
kredit: bhonline
EmoticonEmoticon