Kota Bharu: Suami isteri ditahan bersama dadah jenis heroin seberat 160 gram bernilai RM80,000 dalam serbuan di Melor di sini, kelmarin

Kota Bharu: Suami isteri ditahan bersama dadah jenis heroin seberat 160 gram bernilai RM80,000 dalam serbuan di Melor di sini, kelmarin

Siti Nor Hidayatidayu Razali
sitinor@hmetro.com.my

Kota Bharu: Suami isteri ditahan bersama dadah jenis heroin seberat 160 gram bernilai RM80,000 dalam serbuan di Melor di sini, kelmarin.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mereka yang bergiat aktif dalam sindiket 'Madi' ditahan pada 10.10 malam di dalam kereta ketika sedang menunggu pelanggan.
Katanya, pasangan berkenaan berusia 32 dan 38 tahun itu turut membawa empat anak mereka berusia 12 tahun ke bawah.
"Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek lelaki positif morfin.
"Pasangan itu ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.
Pada masa sama beliau berkata, dalam dua serbuan berasingan di Batang Merbau di Tanah Merah dan di Kampung Chenulang, Kuala Krai polis menahan dua lelaki masing-masing berusia 28 dan 40 tahun.
Katanya, polis turut merampas 210 biji pil kuda dan sembilan gram heroin bernilai lebih RM6,000.
Kredit: metro online Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 April 2017 @ 12:58 PM

Berang isteri tak masak nasi, suami tendang anak sampai mati



- Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut dalam pertengkaran kedua-dua ibu bapanya, lapor Sumut Pos.

Dalam kejadian jam 7 petang, Khamis, di rumah mereka di Bandar Batubara, Daerah Tanjung Tiram, mangsa, Muhammad Ramadhan, 2, maut selepas ditendang bapanya, Indra, 24, sehingga terpelanting dalam jarak satu meter lebih.

Ketika kejadian, Indra dikatakan berang mendengar suara tangisan anaknya lalu memarahi isterinya, Maryamah, 23, yang akhirnya mencetuskan pertengkaran antara pasangan berkenaan.

Gagal mengawal kemarahan, Indra melepaskan kemarahannya pada anak pertama, Muhammad Zairi, 3, dengan menendangnya sehingga terjatuh ke lantai dan mengalami luka di bahagian kening sebelah kiri. Kejadian itu menyebabkan Muhammad Ramadhan ketakutan lalu menangis.

Mendengar tangisan Ramadhan, Indra menjadi semakin berang lalu menendang anak bongsunya itu dengan kaki kanan. Tendangannya itu terkena pada rusuk kiri mangsa membuatkan mangsa terpelanting sejauh satu meter, sebelum badannya kejang dan tidak sedarkan diri.

Melihat mangsa sudah tidak sedarkan diri, Indra terus panik dan memanggil isterinya untuk cuba membangunkan mangsa. Bagaimanapun, mangsa tetap tidak memberikan sebarang respon.

Pasangan itu kemudian menjerit meminta tolong. Jiran-jiran yang terdengar suara jeritan itu terus datang ke rumah pasangan itu dan ada yang melaporkan kejadian itu pada pihak polis.

Ketua Polis Bandar Batubara, AKBP Dedy Indriyantok, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.UTARA SUMATERA, INDONESIA 
"Setelah mendapat laporan itu, kita terus pergi ke tempat kejadian dan menahan suspek. Ketika ditahan, suspek tidak melawan dan menyerah dirinya. Kita sedang menyiasat sama ada suspek melakukan jenayah itu dipengaruhi dadah ataupun tidak.

"Pertengkaran pasangan itu mengakibatkan anak bongsu mereka meninggal dunia yang difahamkan berpunca dari suspek yang sebelum itu mahu makan. Tetapi tiada nasi di rumahnya. 

"Suspek akan didakwa mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak dan bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun (maksima)," katanya.

Menurut pihak keluarga mangsa, suspek tidak berniat untuk melakukan perbuatan itu sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa anak kandungnya sendiri.

"Sudah pasti ayahnya tiada niat untuk melakukan perbuatan itu kerana sebelum ini dia sempat bersihkan anaknya yang buat air besar," kata lelaki yang enggan didedahkan namanya itu.

Pihak keluarga juga kesal, polis terlalu cepat dalam mengambil keputusan untuk menahan bapa mangsa.

"Pihak keluarga sudah memohon agar polis biarkan ayahnya melihat anaknya dikebumikan dulu atau sehingga proses pengebumian selesai. Tetapi permohonan kami tidak diendahkan dan memberikan alasan menahan suspek demi keselamatan.

"Selama ini ayahnya baik. Ketika kejadian, ayah mangsa baru saja selesai solat maghrib dan terdengar anaknya menangis. Dia kesal isterinya tidak mampu menjaga anaknya ketika dia sedang bersolat dan akhirnya dia melepaskan kemarahannya itu kepada anak dan menendangnya sehingga tidak sedarkan diri sebelum disahkan telah meninggal dunia," jelasnya. - The Reporter

'Suruh top up kad Touch & Go RM200, tapi dapat RM100' - Pengadu

'Suruh top up kad Touch & Go RM200, tapi dapat RM100' - Pengadu

Seorang pengguna kad Touch & Go mendakwa hampir kerugian RM100 jika dia tidak menyemak resit bayaran tambah nilai kad berkenaan. Status yang baru dimuat naiknya sejam yang lalu juga menunjukkan beberapa pengguna yang lain juga turut pernah mengalami kes yang sama.

Dua resit yang diterima pengadu | Foto - Wong KH
Aduan dari Wong KH

Kes ini berlaku pada saya pada 9 April 2017.  Anda semua diingatkan untuk memeriksa resit tambah nilai Touch & Go yang diberikan. 

Dalam kes saya, saya buat bayaran pada juruwang di sebuah booth, RM200 untuk tambah nilai. Malah saya maklumkan yang saya nak tambah nilai sebanyak RM200. 
Tetapi apabila saya semak baki nilai kad Touch & Go, hanya RM100 sahaja yang ditambah. Bila saya tanya dia kenapa isi RM100 sahaja? Dia cuma kata "Sorry, sorry" dan tambah RM100 lagi untuk kad saya. 

Pernah nampak di Facebook sebelum ini, ada mangsa yang bayar RM100, tetapi nilai yang diberi hanya RM90 sahaja. Jika kita tidak semak resit yang diberi, wang itu akan masuk ke dalam poket mereka. 

Saya langsung tak sangka perkara seperti ini akan berlaku pada saya. Yang sebelum ini hanya terbaca di Facebook sahaja. 


Semoga pihak Touch & Go siasatan dan ambil tindakan terhadap kakitangan yang tidak bertanggungjawab berkenaan.
kredit: the reporter

Kategori

Kategori