Bawa anak jual dadah
Kota Bharu: Suami isteri ditahan bersama dadah jenis heroin seberat 160 gram bernilai RM80,000 dalam serbuan di Melor di sini, kelmarin.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mereka yang bergiat aktif dalam sindiket 'Madi' ditahan pada 10.10 malam di dalam kereta ketika sedang menunggu pelanggan.
Katanya, pasangan berkenaan berusia 32 dan 38 tahun itu turut membawa empat anak mereka berusia 12 tahun ke bawah.
"Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek lelaki positif morfin.
"Pasangan itu ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.
Pada masa sama beliau berkata, dalam dua serbuan berasingan di Batang Merbau di Tanah Merah dan di Kampung Chenulang, Kuala Krai polis menahan dua lelaki masing-masing berusia 28 dan 40 tahun.
Katanya, polis turut merampas 210 biji pil kuda dan sembilan gram heroin bernilai lebih RM6,000.
EmoticonEmoticon