Khairy Jamaluddin mengulas kesan kenaikan harga minyak tengah malam tadi dan tindakan bakal diambil oleh Putrajaya – Foto TMI

Pemberian BR1M Cukup untuk Menampung Kenaikan Harga Minyak - Khairy
Khairy Jamaluddin mengulas kesan kenaikan harga minyak tengah malam tadi dan tindakan bakal diambil oleh Putrajaya – Foto TMI

Pemberian wang tunai secara “one-off” melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diamalkan Putrajaya sejak beberapa tahun sebelum ini perlu selari dengan usaha kerajaan menstruktur semula subsidi demi memastikan ia sampai kepada golongan berpendapatan rendah dengan efisyen, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Mengulas kenaikan harga bahan api RON95 sebanyak 20 sen semalam, Khairy berkata, kesan kenaikan harga minyak akibat dasar pengurangan subsidi di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan ditampung melalui pemberian BR1M.

“Kita tampung apa yang kita buat (kenaikan harga petrol) melalui BR1M. BR1M perlu dibina bersama dengan subsidi.

“Kita kurangkan subsidi yang menyeluruh dan beri BR1M yang bersasar,” kata Khairy kepada pemberita selepas merasmikan program “Kopiko Purple League” di Petaling Jaya, hari ini.



Ahli Parlimen Rembau itu berkata, bagi menampung kenaikan yang dirasai golongan berpendapatan sederhana, Putrajaya berhasrat mengurangkan kadar cukai pendapatan untuk golongan itu.

“Terlalu banyak subsidi akan diterima mereka yang tidak sepatutnya,” kata Khairy lagi.

Sumber Malaysian Insider

Share this

loading...
Share on FacebookTweet on TwitterPlus on Google+


EmoticonEmoticon